AQ ROYAL COLLAGENE

               Enhance with Vitamin C & E


      
Apabila seseorang itu mencapai usia 25 tahun, penghasilan kolagen akan menyusut sebanyak 1.5% setahun. Penguraian kolagen mula berlaku lalu mewujudkan kesan penuaan seperti kulit menipis, garisan halus dan kedutan.  Bagi menggantikan kolagen yang berkurangan, kita perlu mengambil kolagen tambahan hasil dari pemakanan untuk merangsang pembentukan dan pemulihan  tisu, otot dan ligament kepada keadaan asal.


Mengapakah Collagen Peptida merupakan kolagen terbaik untuk kesan serta merta?
Collagen Peptida merupakan molekul protein dalam bentuk rantaian yang paling kecil. Ia hanya boleh dihasilkan melalui proses hydrolysis sahaja. Sebagai perbandingan, collagen biasa yang tidak melalui proses hidrolisis berbentuk polipeptida kompleks yang bersaiz molekul 30,000 Dalton. Manakala Collagen peptida hanya bersaiz 2,000 Dalton sahaja.

Apabila sistem imun tubuh tidak dapat mengenalpasti rantaian polipetida kompleks sebagai makanan, ia akan menganggap terdapat kehadiran bendasing seperti ancaman antigen, bacteria atau virus dan cuba menyingkirkannya dalam bentuk alahan. Akibatnya,tubuh akan mengalami tindakbalas seperti bengkak di bibir & mata dan pengelupasan kulit.

Kolagen marin pula mempunyai struktur dan komposisi protein yang hampir sama dengan manusia. Sel-sel tubuh akan dapat mengenalpasti seterusnya menyerap kolagen tersebut dengan mudah. Oleh itu, kadar penyerapan dapat ditingkatkan sehingga 95% berbanding kolagen tumbuhan iaitu 6% sahaja.

L-Glutathione

Glutathione adalah sejenis anti oksida yang bersifat penyahtoksik. Ia dihasilkan oleh organ hati melalui sintesis asid amino iaitu l-cystine, l-asid glutamic dan l-lysine. Ia terdapat dalam setiap sel-sel tubuh. Fungsi utama glutathione adalah:

1)      Melawan ancaman radikal bebas
2)      Mengawal atur kitaran nitrik oksida
3)      Diperlukan untuk proses metabolisma dan sintesis biokimia
4)      Diperlukan oleh sistem imun, sistem saraf, sistem perkumuhan dan paru-paru
5)      Pemulihan DNA, sintesis protein, penghantaran asid amino dan pengaktifan enzim

Hasil kajian mendapati, kekurangan kadar glutathione dalam tubuh dikaitkan dengan hampir kesemua penyakit-panyakit kronik  yang dikaitkan dengan proses penuaan.
Paras gluthathione dalam tubuh hanya boleh ditingkatkan secara berkesan melalui sintesis dari dalam tubuh. Ini kerana, glutathione dari pemakanan sukar diserap oleh sistem usus disebabkan saiz molekulnya yang besar. 

Oleh itu ia perlu disintesiskan dari dalam tubuh. Bagi merangsang penghasilan glutathione, beberapa “co-factor” diperlukan untuk sintesis asid amino tersebut. Antara sumber yang telah dibuktikan mampu merangsang sintesis glutathione adalah seperti asid alpha lipoic, melatonin dan silymarin. Tanpa “co-factor” tersebut, paras glutathione tidak dapat ditingkatkan secara berkesan.

Kesan  pencerahan kulit hasil pengambilan glutathione adalah merupakan satu kesan sampingan sahaja. Glutathione akan menghalang enzim tyrosinase, yang berfungsi dalam pembentukan  melanin pada epidermis. Ini seterusnya memberi kesan pencerahan dan pemutihan pada kulit.

Royal Jelly  Makanan Lengkap Vitamin B

Royal Jelly mengandungi 17 jenis asid amino yang menjadi bahan asas dalam penghasilan kolagen. Kandungan mineral sulphur, manganese dan zink membantu pertumbuhan sel dan tisu baru. Juga menambah kandungan zat besi dalam darah yang membuatkan kulit kelihatan bersinar.

Kandungan lengkap vitamin B iaitu thiamine (B1), riboflavin (B2), niacin (B3), pantotheic acid (B5), pyridoxine (B6), inositol (B8) dan asid folik (B9) dan juga biotin (B kompleks) yang kesemuanya diperlukan untuk penghasilan sel darah merah yang membawa oksigen keseluruh tubuh bagi penghasilan tenaga. Antara simptom-simptom dan kesan kekurangan vitamin B:
1)      Letih dan lesu
2)      Dengupan jantung kencang
3)      Pernafasan tak teratur
4)      Kulit pucat
5)      Gusi sering berdarah
6)      Kebas tangan dan kaki
7)      Lemah daya ingatan

Royal Jelly Perangsang CNS (Sistem Saraf Pusat)
Kajian mendapati Royal Jelly merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi 10-HDA yang merangsang pertumbuhan stem sel neural dan sel glial. Neuroglia atau sel glial berfungsi membekal nutrien dan oksigen ke neuron serta melindungi neuron dari ancaman patogen. Ini secara tak langsung meningkatkan fungsi kognitif dan menghalang penyakit Alzheimer dan yang berkaitan masalah daya ingatan. 10-HDA juga dapat menyekat pertumbuhan sel-sel tumor dengan menghalang bekalan oksigen ke sel-sel tumor
Royal Jelly bukan sahaja makanan untuk kecantikan kulit tetapi juga untuk kecerdasan otak dan kepintaran berfikir, sangat sesuai untuk wanita berkerjaya.

Ekstrak Sarang Burung

Kandungan utama sarang burung adalah glycoprotein (50%), karbohidrat (30%) dan garam mineral (20%). Glycoprotin yang terkandung dalam sarang burung mempunyai aktiviti EGF (Epidermal Growth Factor) yang mempercepatkan pertumbuhan sel di dalam sistem imun bagi melawan proses penuaan.
Sejenis gantian karbohidrat iaitu asid sialic pula dapat membantu dalam perkembangan intelek dan neurologi pada kanak-kanak juga orang dewasa.
Sarang burung mengandungi banyak  garam galian seperti sodium, magnesium, potassium, kalsium dan fosforus. Kesemua garam galian ini diperlukan untuk mengaktifkan ribuan tindakbalas enzim yang terdapat dalam tubuh.

Pengamal perubatan Cina mempercayai bahawa sarang burung dapat menguatkan paru-paru, perut dan sistem buah pinggang.

Secara amnya, fungsi utama sarang burung adalah:
1)      Mempercepatkan pertumbuhan sel dan tisu
2)      Meningkatkan keupayaan sistem imun/daya tahan
3)      Mempercepatkan proses penyembuhan dan menguatkan daya kesihatan
4)      Memberi sinar pada kulit dan kelihatan awet muda
5)      Membantu proses penghadaman
6)      Melancarkan sistem pernafasan

Vitamin C

Vitamin C atau asid askorbik adalah kunci kepada penghasilan kolagen iaitu struktur protin terpenting bagi membentuk ketegangan dan keanjalan kulit. Kajian telah membuktikan bahawa vitamin C dapat meningkatkan penghasilan kolagen sebanyak 8 kali ganda berbanding kadar biasa. Tanpa vitamin C, kolagen tidak dapat dibentuk. Khasiat dan manafaat vitamin C kepada kulit adalah:

1)      Melindungi sel kulit dan struktur sokongan dari kerosakkan akibat pancaran UV
2)      Mengurangkan keradangan
3)      Merangsang penghasilan kolagen
4)      Mengurangkan hiper-pigmentasi kulit sehingga 27%

Vitamin E

Vitamin E jenis tocotreinol adalah sejenis anti oksida yang dapat merawat dan melindungi kulit dari ancaman radikal bebas. Tocotreinol memiliki kekuatan 60  kali ganda berbanding vitamin E lain dalam menyekat enzim tyrosinase yang menghasilkan melanin, iaitu pigmentasi yang memberi warna pada kulit. Kulit akan kelihatan lebih cerah apabila paras melanin pada epidermis menurun.

Vitamin E juga bertindak mencairkan darah dengan cara menghalang platlet darah dari bergumpal. Ia juga menghalang kolesterol LDL dari teroksida. Pengoksidaan LDL boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.

Sebagai vitamin yang bersifat anti oksida, ia dapat menghalang ancaman penyakit seperti sakit jantung, arterosklerosis, kanser, arthritis dan sebagainya.

 Faedah-faedah kesihatan kepada pengguna vitamin E:

1)      Menghalang salur darah dari tersumbat serta mengelak serangan jantung
2)      Mengurangkan risiko serangan strok
3)      Menghalang pertumbuhan sel kanser
4)      Menghalang ancaman osteoarthritis
5)      Meningkatkan keupayaaan kognitif bagi pesakit Alzheimer
6)      Melindungi dari ancaman katarak pada mata
7)      Mengelakkan keguguran kandungan atau kelahiran pramatang bagi wanita hamil
8)      Mempercepatkan penyembuhan luka

 ------------------------------------------------------------------------------------          


Mengapa AQ Royal Collagene berkesan untuk anda?
1)      “Hyrdolized Collagen” dalam bentuk peptan merupakan collagen yang paling berkesan kerana memiliki sazi molekul sekecil 2000 Dalton berbanding saiz molekul collagen asal iaitu 30000 Dalton. Dengan saiz molekul yang 15x lebih kecil, daya penyerapan meningkat melebihi 90%.
2)      “Hydrolized collagen” bertumpu ke “kartilej’ seterusnya merangsang merangsang penghasilan kolagen pada sendi-sendi bagi mengatasi masalah kelemahan dan kesakitan sendi.
3)      Pengambilan kolagen bersama-sama Vitamin C dapat meningkatkan kelembapan kulit , menjadikannya lebih halus dan lembut.





Kebaikan AQ Royal Collagene:
1)      Mengurangkan symptom arthritis
2)      Menegangkan kulit
3)      Membina sendi
4)      Menguatkan salur darah
5)      Meningkatkan tenaga
6)      Mengatasi lemah pundi kencing
7)      Kelesuan melampau
8)      Memperbaiki kadar pernafasan
9)      Merawat kulit dan kuku

Kesan-kesan pengambilan AQ Royal Collagene

14 – 30 hari: kulit lebih halus, lembut dan lembab
30 – 60 hari: kulit lebih tegang dan anjal, pori2 mengecil, garisan dan kedutan berkurang



FAQ

1.  Bagaimanakah pengambilan AQ Royal Collagene untuk mendapatkan kesan terbaik?
Bagi mendapatkan kesan terbaik, ambil 1 sachet setiap malam sebelum tidur dan 1 sachet setiap pagi ketika perut kosong. Waktu tidur alpha iaitu kira-kira 90 minit pertama merupakan waktu dimana tubuh menghasilkan asid amino. Oleh itu, kehadiran kolagen akan mempercepatkan proses pemulihan sel-sel kulit.

2.  Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menampakkan hasil?
Bergantung kepada tahap kesihatan seseorang, seawal satu ke dua minggu. Kebiasaannya dalam 1 bulan selepas kitaran pemulihan kulit (dalam 21 hari). Sebaiknya diamalkan 3 bulan tanpa henti bagi memastikan kolagen telah dibina sepenuhnya.

3.   Apakah kesan-kesan yang dapat dilihat apabila mengamalkan AQ Royal Collagene?
Kulit akan menjadi lebih lembut dan lembab pada beberapa minggu yang pertama. Seterusnya kulit menjadi tegang, anjal dan gebu. Garisan halus dan kedutan pada sekeliling mata akan beransur hilang.

4.   Mengapa perlu memilih AQ Royal Collagene?
AQ Royal Collagene tidak mengandungi bahan kimia dan selamat digunakan untuk jangka panjang. Ketulenan kolagen peptida yang digunakan adalah pada tahap 98%, dan tidak berbau hanyir. Daya penyerapannya sehingga 95% memberi kesan anti-penuaan dengan serta merta.

5.   Apakah lagi kebaikan AQ Royal Collagene?
Selain mengembalikan sifat-sifat kecantikan wanita, AQ Royal Collagene juga mengandungi 10-HDA dan fosfolipid yang mampu merangsang dan melindungi sel-sel neuron dan sel glial pada saraf bagi meningkatkan fungsi kognitif. Secara tak langsung ini dapat meningkatkan kecerdasan, kepekaan, ketajaman fikiran dan kemampuan daya ingatan.

6.   Bagaimana AQ Royal Collagene bertindak merawat dan memulihkan sel-sel kulit?
AQ Royal Collagene diformulasi  dengan elemen-elemen “dwi-tindakan” yang telah dibuktikan keberkesanannya hasil kajian peringkat antarabangsa. Gandingan Collagen Peptida-Vitamin C membentuk kulit yang gebu, anjal, tegang dan halus manakala L-glutathione-asid alpha lipoic-Vitamin E mencerahkan kulit.

7.  Bolehkah AQ Royal Collagene digunakan untuk melindungi dari ancaman penyakit-penyakit kronik?
Ya, boleh. AQ Royal Collagene mengandungi sejenis antioksida bernama asid alpha lipoic yang mempunyai kekuatan setara dengan coenzime Q10 dan bersifat universal. Ia boleh larut air dan larut lemak dan berkemampuan untuk mengitar semula antioksida-antioksida lain seperti vitamin C dan vitamin E yang telah digunakan. 



Cara Pemakanan :
·         Koyak dan tuangkan terus ke dalam mulut.
·         1 sachet pagi dan 1 sachet malam ( semasa perut kosong).
·         Di nasihatkan minum banyak air

·         Harga / Price :
·         RM125.00  (S/M)   RM 137.00 (S/S) 

·         Diedarkan Secara Eksklusif oleh :
·         Al Aqwa Resources Sdn Bhd
·         F067, Jalan PJU 10/3C, Damansara Damai,
·         47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
·         Tel : 03 – 6275 7260 / 019 – 260 7660
·         Fax : 03 – 6277 7560
·         Email : alaqwaresources@gmail.com
·         Facebook : Al Aqwa Resources



4 comments:

  1. Assalamualaikum...macammana cara pengambilannya...bancuh dgn air panas atau makan camtu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum mus salam....AQ Royal Collagene x perlu dibancuh. Koyak sachet dan tuang dalam mulut. Ia akan larut secara perlahan-lahan. Sediakan segelas air masak utk bilas. Seeloknya ambil waktu malam sebelum tidur, atau sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan malam

      Delete
  2. Kalau bancuh sikit je dgn air blh tak....susah nak mkn begitu sj sbb manis sgt

    ReplyDelete
  3. Boleh ke di ambil bg ibu yg menyusu?

    ReplyDelete